Berjanggut

Setelah berjanggut lamanya aku meninggalkan blog yang disayangi ni,akhirnya pada malam ke-6 Ramadhan ni terbukak juga hati aku nak update. Da masuk semester 5,separuh jalan da pun, Ramadhan seperti aku cakap tadi,da berlalu 6 hari dan alhamdulillah aku pass untuk 6 hari ni tanpa alasan seperti tak leh bangun sahur padahal tengok bola sampai kol 3 pagi ataupun sakit perut yang sangat sebab bantai murtabak 3 keping sekaligus dengan rakusnya. Mintak2 puasa tahun ni penuh cam tahun2 sebelumnya haha ayat poyotitos gila tapi itulah hakikatnya,aku tak tinggal lagi puasa,bagus kan saya Cik Fauzia.

Banyak benda berlaku dalam 3 bulan ni. Aku ringkaskan jela ye, mula2 nak crita sal study. Alhamdulillah setakat ni study aku ok, cuma subjek LAW yang buat aku gemuruh seperti nak akad nikah setiap kali nak ada kuiz or test. Aku da pernah akad nikah ke? Ok yang ke-2, banyak aktiviti yang dibuat dalam sem 5 ni macam gi Putrajaya tuk tidur,ops untuk belajar sambil melancong. Tyme nak balik tu kitorang lalu KL, selalunya dari KL ke kontan dalam 3 hingga ke 4 jam je,tapi esoknya tu, 9 Julai 2011, seperti semua da tahu, BERSIH 2.0 menyebabkan 4 jam kami di dalam bas sahaja. Dari pukul 6.30 petang sampaila 9.30 malam kami di plaza tol ape tah namenye tu kami tersekat akibat roadblock dari abang2 3 paku. Akhirnya sampai juga di Kuantan bandar tersayang lebih kurang pukul 12 lebih.
Aku nak cerita sal BERSIH 2.0. Mula2 kita tengok apa yang dimintan oleh pihak2 penganjur ni.
1. Bersihkan senarai pengundi
2. Mereformasikan pengundi pos
3. Gunakan dakwat kekal semasa pilihanraya
4. Masa berkempen minima 21 hari
5. Akses media yang adil dan bebas
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor.

Kita yang da besar panjang ni, cuba baca balik semua tuntutan kat atas ni dan tolong bagitau mana tuntutan yang tak elok untuk kesejahteraan kita sebagai rakyat. Kenapa peserta2 perhimpunan ni dilayan macam banduan yang terlepas dari Guantanamo Bay. Mereka hanya berarak untuk keadilan dan kesaksamaan kerana mereka adalah rakyat, rakyat adalah raja dalam satu negara. Sesiapa yang didapati memakai baju Bersih akan ditahan, ini adalah LOL paling maksima selama aku hidup kat bumi Mesia ni, mari kita tengok apa Obe sediakan pasal baju ni. Ni link die Blog Serius.Entry Obe ni terlalu ringan untuk kita paham tapi maksudnya sangat dalam, aku bagi lagi 1 link, tolong baca sampai habis ea. TTGB, lepas baca entry tu pandai2 la cari entry berkaitan yang lain ea. Aku nak cerita pasal BERSIH 2.0 yang telah dengan sengaja disalah anggap demi survival ahli politik yang da lama sangat hidup berjimba2 di bumi Mesia ni. Last nak cakap pasal ni, rakyat adalah raja dan pemimpin adalah pemegang amanah.

Okeyh masuk ke aktiviti harian aku semula, aku da pergi Sarawak dalam tengah bulan 7 dulu selama 4 hari 3 malam dan aku nak katakan yang Sarawak adalah Awesome & Handsome. Kaum2 tradisional yang ada di sana aku dapat kenal dengan lebih dekat dan aku dapat makan kek lapis yang sedap gila, Dragon Cheese. Nanti sapa2 yang nak pergi Sarawak tolong belikan kek lapis tu pada kamek ya.

Manchester United! semestinya aku akan wajibkan setiap entry aku berkenaan MU dan MU baru balik dari pre-season di Amerika, 5 kemenangan dari 5 game, sungguh berjiwa wira abam2 MU ni, pembelian hampir 50 juta untuk 3 pemain baru iaitu Ashley Young untuk posisi winger, Phil Jones untuk defensif dan David De Gea untuk menggantikan abam VDS kita di gawang. Secara keseluruhan pemain2 baru dan pemain2 lama dan juga pemain2 yang dipinjamkan musim lepas menunjukkan persembahan terpuji pada setiap game, yang paling aku suka Danny Welbeck, dia ada ciri2 penyerang semulajadi yang pandai cari angle untuk buat gol. Moga dapat peluang main regular musim ni. Okeyh malam esok Community Shield dengan Manchester City a.k.a jiran bangang dan bising so macam bese GGMU!

Akhir sekali,salam Ramadhan dari aku dan Cik Fauzia ehe daaaa.....


Lagu puasa malam ini..
                                                            Starting die syok...



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More