Pilem Malam Ini

Aku sangat suka filem base on true story macam filem Forrest Gump dilakonkan Tom Hanks, Chuck Nolan dalam Cast Away,Tom Hanks juga berlakon,Remember The Titans dilakonkan Denzel Washington. Di Mesia,kita ada Bukit Kepong (Dato' Jins) ataupun Leftenan Adnan (Rosyam Noor) mahupun Zombi Kampung Pisang (Usop),masa ni dia tak guna wilcha lagi.
Dan filem terbaru yang aku tengok malam ni,127 Hours. Seorang pendaki gunung hobinya dan seorang engineer kerja tetapnya, James Franco@Aron Ralston pergi mendaki Robbers Roost di Utah dan telah terperangkap di celahan batu sementara tangan kanannya telah disepitkan oleh batu selama 5 hari full package. Filem ni diarahkan oleh pemenang Oscar Award tahun lepas dengan filem Slumdog Millionaire, Danny Boyle. Pemuzik pula oleh A.R Rahman dan memang nyata terdapat banyak unsur-unsur muzik Shah Rukh Khan mahupun Kajol dalam filem tu.

                          Dia taubat dalam Spiderman dan menjadi pendaki gunung
Selama terperangkap,Aron banyak mengimbau kenangan bersama parent dia,maybe dia ada masalah dengan parent dia dan sehari sebelum dia pergi mendaki tu,mak dia call and cakap yang beliau sunyi sebab ayah dia pergi New York,tapi si tanggang Aron ni tak jawab pun call mak dia,sian mak dia.Lepas tu dia rakamkan cerita tentang dia dan ex dia,Rana,tentang one night stand diorang and last tentang camana dia dump si Rana tu di match basketball. Sangat seronok dan sungguh menyentap hati kudus aku di pertengahan filem ini,dengan adunan sedih dan gembira,drama di sorang2 interview diri sendiri,layan lagu Scooby Doo dan akhir sekali minum air kencing semut,eh sendiri.Semua adunan tu membuatkan aku dapat rasa macamana peritnya si Aron ni nak hadapi kerenah alam,panas,ribut,hujan dan kerenah diri dia sendiri sebelum die terperangkap di celah batu tu.

Motivasi yang diberi secara halus sangat berkesan pada aku,bagaimana walau sempitnya jalan untuk satu masalah tu,akhirnya kau akan temui cahaya di hujungnya. Semangat untuk terus hidup dan dengan tagline GGMU,GGMU tu aku tambah je,membuatkan Aron tak patah semangat langsung,thats a true man,never surrender until last breath. Aron dah buat macam-macam usaha sebelum akhirnya nekad untuk potong hampir separuh tangan dia demi untuk lihat lagi dunia esok dan seterusnya meneruskan lagi hobinya tu,what a spirit! Scene dia potong tangan guna multi-purpose knife yang kecik dan tumpul membuatkan aku nak muntah,yes admit it tapi itulah hakikat yang kena buat untuk terus hidup,pilihan dia adalah  usaha sedaya mungkin untuk lepas ataupun tunggu je malaikat Izrail datang cabut nyawa dia. 

So aku cadangkan korang semua tontonla filem ni,memang da 4 bulan filem,ye aku outdated tapi apadahal,kualiti filem tak ditentukan tarikh dia keluar panggung,so siapa yang dekat dengan aku boleh je bagi pendrive kalau nak filem ni dan selamat menangis gembira,enjoice!

                                           Aron Ralston a.k.a The Real Man

Nak layan Kisah Benar macam kat TV3,moh layan video ni..

 

Sakit...

Kekalahan bukanlah sesuatu yang sering berlaku kepada Manchester United dan perasaan kalah dalam 1 game tu dirasakan amat perit untuk ditelan. Dalam musim 2010/2011, MU hanya kalah sebanyak 4 kali sahaja dalam sejumlah 50 perlawanan,sikit gile tu daripada team2 ayam lain. 

                                     Manusia melakukan kesilapan,itu adalah normal..

Kadang-kadang kena mengalah juga pada jiran yang bising dan yang tak pernah menang piala selama 35 tahun,kalau orang da ade anak 10 kot. Dengan sedikit kesilapan daripada Carrick akhirnya Manchester City dapatlah juga melangkah ke final dengan harapan dapatla buang sawang2 yang da bermastautin bertahun-tahun dalam kabinet piala tu. Kalah di semi-final tak la seperit kalah di final,tapi kalah pada MC,membuatkan muka pak Alex jadi merah semerah selimut rumah aku,tak boleh terima kalah pada MC.MC ni kiranya ibarat budak tadika yang ajak Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat join team bola diorang and nak menang terus,tanpa usaha dari bawah.
Tapi dengan 2 piala yang lebih besar dan prestij menanti,EPL dan Champions League membuatkan team MU dan fans merasa seperti,apadahal kalah dengan budak tadika,bukan luak pun.So,dengan ini aku mengisytiharkan bahawasanya Manchester City terlalu inginkan piala dan Manchester United tetap klasemen seperti biasa.GGMU!

                                                                   
                                 Manchester RULE!!!

Harinya..

Esok bersamaan dengan 15 April 2011 dan hari Jumaat faktanya, aku dan 20 budak lain akan menjalankan misi kami yang telah kami rancangkan sejak 3 hari lepas iaitu koir beramai-ramai di Majlis Pra-Graduasi Universiti Kolej Shahputra 2011. Dijemputla siapa2 yang free pagi esok untuk menonton tv9 mahupun tv3 yang akan menayangkan cerita-cerita yang diorang da susun dan yang pasti bukanlah tayangan majlis itu esok haha kena..

Okay,majlis bermula pukul 8.00 a.m dan dijangka tamat pada sebelum semayang Jumaat,syukur,sempat aku pecut ke Masjid Negara atas jemputan Agong,katanya nak jemaah sama-sama. 

Kitorang akan nyanyikan dalam 150 lagu tapi setelah disaring dan diedit setiap lagu,kami hanya memilih 3 lagu terbaik dan lagunya ialah My Country a.k.a Negaraku, My College a.k.a Shahputra Tiada Tandingan dan lagu last,aha ni yang spesel,sebab tu aku tak nak tulis,eh tapi mane ade aku cakap nak tulis pun sebelum ni kan. 

Diharapkan semuanya akan berjalan dengan kaki,ye lah kan,takkan dengan siku, dan kami pun akan perform dengan sebaiknya. Dengar-dengar Izham Omar CEO 8TV datang esok,nak offer kontrak katanya,takpe kita tunggu jela perkembangannya.

Cukup untuk malam ni,chiok!

                                                                   
 Aku tak suka part rap dia,tapi startingnya amat cooooooolllllll.......

GGMU!!

Manchester United da menang Champions League 3 kali iaitu pada tahun 1968, pada zaman lagenda2 terulung  macam Sir Bobby Charlton, Brian Kidd, Denis Law dan juga George Best. Mereka bermain menentang Benfica dari Portugal dengan jaringan akhir 4-1. Sir Bobby Charlton score 2 gol,Kidd 1,Best 1. Gol Benfica,entah sape,sape pedulik,ye dak. Final match ni telah dijalankan di Wembley Stadium yang pada masa tu,entahla camana nak cakap,sebab aku takde lagi masa tu,so itu jela yang mampu aku cakap,tapi ghasanya okayla stadium tu,kalau tak ok camana boleh jadi host stadium,ye dak. Okey,masa itu juga adalah selepas 10 tahun tragedi Munich yang mengorbankan 8 pemain MU,so sad. Tapi apadahal,kita ada Sir Matt Busby,si pengurus paling lagenda di MU,hanya selama 10 tahun tu je,beliau dapat membentuk semula pasukan MU dan menjadikan MU juara pertama dari pasukan Inggeris menang European Cup namanya,sekarang da tukar jadi UEFA Champions League.

                                        Lencana MU pada 1960's
                                  Budak2 indie skunk tiru rambut Best ni la sebenarnya..                                                              

Kali yang ke-2 menang Champions League,musim 98-99 yang sangat2 bermakna bagi seluruh skuad dan penyokong2 MU termasuk pada aku walaupun masa tu aku pun tak kenal apa menatangnya MU tu. Itulah musim paling gemilang dalam sejarah hampir 100 tahun terciptanya kelab ni atas muka bumi England tu. Da menang EPL tuk kali ke-5 dan memenangi FA Cup untuk kali ke-10, misi diteruskan pula dengan bertemu Bayern Munich di Nou Camp,Barcelona bagi perlawanan akhir EUFA Champions League. Minit 13 Mario Baslar da main api dengan budak2 Alex Ferguson, kedudukan 0-1, main punya main sampai minit 89, fan2 Bayern da gila keriangan macam baru dapat menyusu badan sebab tinggal seminit untuk game habis. Dengan sekali sepakan sudut dari si kacak David Beckham dan 2 3 das sepakan dari player2 MU,akhirnya kedudukan jadi 1-1 oleh si Teddy Sheringham. Mau tak melompat si Ferguson, orgasm dia menjadi2 malam tu. Lepas tu dengan semangat yang di beri oleh si pengulas yang nak sangat MU menang,minit 93 dan sekali lagi sepakan sudut dari si kacak,akhirnya si 'BabyFace' Ole Gunnar Solksjaer or ole la senang nak sebut menjadikan Manchester United menuju ke Promised Land,seperti yang disebut Andy Gray si pengulas. Match malam tu menjadi match terhebat yang pernah disaksikan oleh masyarakat bola sepak khususnya fan2 MU la kan,tak kan Leeds lak,Leeds? 


                        tak nampak aku dalam bus tu,tak lame la tu..

Last sekali pada zaman si abam tanco Cristiano Ronaldo iaitu 2007-2008,pada masa ni orang katakan skuad ni sama terbaik dengan zaman treble,tapi bagi aku tetap tak boleh sama sebab nampak sangat macam terlalu harap kat si tanco tu,padahal maen 11 orang. tapi aku sangat respek pada 2 abam CenterBack iaitu Vidic si Serbian dan abam Ferdinand. Lepas terikat 1-1 sampai minit 90,dan juga takde gol masa masa tambahan,terpaksa main penalti dan akhirnya dengan kehenseman dan kecekapan goalie tak lain Van Der Sar akhirnya Manchester United menjadi juara mutlak musim tu dengan 1 lagi piala iaitu EPL..


So malam ni,suku akhir ke-2 lawan Chicksea,team ayam,mungkin merintis jalan menuju ke kejuraan ke-4,sapa tau.So,ada apa dengan abam Torres,chiok!

Koir

Aku tak nafikan suara Kurt Cobain mahupun Jamal Ubaidillah Bin Haji Ali@Jamal Abdillah ada sedikit ataupun sekelumit persamaan dengan suara aku,memang tak dinafikan tapi aku ghasa diorang tak boleh gak lawan aku,diorang main drug aku tak,ha kan lain tu. Okey aku nak repekkan tentang tajuk kat atasla,kalau tak watpe aku jadikan dia tajuk kan,tak gitu. Dalam 2 minggu lepas Miss Su@pensyarah aku yang makin berseri2 dan makin sihat sebab tengah pregnant telah mengajak aku dan membe2 kelas tuk masuk koir untuk majlis Pre-Graduation untuk budak2 Shahputra yang akan abes blaja di kolej tu. Mula2 memang cam besela kan,tahap malas tu memang tak leh disangkal walaupun Maria Ozawa yang pujuk tapi memandangkan Miss Su cam nak sangat kitorang masuk (padahal memang niat nak masuk gak,sore sedap tak guna tak jadila kan). 

Okeh dipendekkan ceghita,petang tadi startla sesi latihan yang pertama dengan budak2 OM,mula2 kitorang ramai lepas tu dengan beberapa masalah dan komitmen yang tak dapat dielakkan,tinggalla aku dengan Topek je yang tinggal bagi jadi wakil HM,haha bagus gak tak ramai,market sikit,kui3, cik Fauzia, saya gurau je. 
Mula2 start lagu patriotik,adoy aku kalau engat lagu petriotik ni pun Negaraku dengan Enjit-enjit semut je,yang lain memang kena surf tnet balik nak cari lirik. Ape tah tajuk lagu 1st tu,ikut lagunya memang sedap,tapi tang liriknya,paham2 la lagu patriotik,ye dak.Berlatih punya berlatih sampaila abes dan dikira perfect gakla,besela aku ade,si conductor tu tengok je aku,terus nak offer aku duet dengan Mahadzir Lokman,tapi aku tolak,nak blaja lagi. 


Okeh lepas rehat sepam dua,si conductor@En. Halimi@PA Kolej tak silap aku nak main lak lagu 2nd,sekali lagu Iklim da,Bukan Aku Tak Cinta,dia cakap nak bagi tangkap leleh dak2 yang da abes blaja tu nanti,entah tangkap gelak je nanti,pandai je dia nak psiko,tapi aku ade,so aku wat2 x layan,senyap die. Ok,lepas tu kitorang praktis lagi dan lagi sampai agak okla nyanyian diorang yang laen,tak termasuk aku dengan Topek sebab aku nampak diorang tol2 usaha nak same level ngan kitorang,takpela usaha tangga kejayaan,ye dak..


Akhirnya pukul 5.15 p.m dan lepas jelingan tajam aku pada si conductor tu,kitorang pun beransurla pulang dan memang lepas tu memang sore aku macam Saleem lak,tak nakla terlalu pelbagai sangat sore,nanti di cop tak ori,Malaysian kan eh silap,Melayu kan tak suka orang tak ori ni,tapi Rebecca Black tiru Justin Bibir rilek je,tak de lak orang Melayu mogok2 kat Jalan Wong Ah Jang. Ok stop mrepek,tu jela progression bagi koir aku yang agak2 boleh tahan sedap ni. Nanti ape2 hal aku hapdate lagi k. Chiow!




                                           This music make me orgasm..

Gadget..

Aku diminta oleh cik Fauzia tuk uodate pasal new gadget,tapi aku tak reti sangat pasal gadget ni,yang aku tau aku guna hanset Sony Ericsson w660i dan laptop HP G42-366tx yang processor dia core i3,hard disk 500gb dan RAM hanya 2gb dan graphic card hanya ATI Mobility Radeon HD 5470. Tu pun da okey sangat sebab ley mengkotakkatikkan team2 ayam cam Chicksea Liverfool mahupun Arsengal dalam PES 11 tanpa sebarang lekat2 mahupun likatan larutan chemical. Okey lupekan 3 word akhir. 

Bagi aku sekarang ni aku tak terlalu terdesak sangat tuk dapatkan gadget2 baru walaupun nak jugak merasa main game or surf internet guna ipad tapi da ade laptop so gunakan apa yang ada je. Lagipun dengan kos hidup yang semakin mencekik dengan minyak motor isi rm5 hanya dapat 2 liter,macam haram mahal memang tak memerlukan aku tuk pergi ke Mega or ECM tuk cari o ush2 gadget,aku lebih suka masuk Carrefour dan usha mana2 DVD murah walaupun aku tak beli,apa guna internet kalau tak mendownload,ye dak..

Tapi aku sangat respek pada developer2 worldwide tak kisah yang original macam Apple,Nokia or watever ataupun yang kongkak macam brand Nangka mahupun Cokia  yang berusaha mahupun copy paste idea2 baru tuk menyenangkan lagi hidup umat manusia sejagat,wah da macam Aslan dalam Narnia. Bagi aku sebagai student yang memang perlukan gadget2 basic ni,memang tak nafikan yang hidup lagi senang tuk buat assignment mahupun berkomunkasi,amacam ayat aku,agak2 boleh menang ayat paling fake tahun ini tak?sebabnya memang sangat2 senang da nak buat kerja sekarang ni,semua guna jari pun boleh,nanti akan datang guna niat je kot,da dalam ajaran sesat pun boleh guna niat,apatah lagi dalam bidang2 gadget ni kan. So itulah entry tuk gadget saya malam ni,chiow!
                                                Vlog dia paling beshhh...


Rudeboy Rooney..

Aku bukan nak cakap ape,ape guna rekod 9 tahun kalau masih berada di takuk lama. Kalau setakat menang je lepas tu masih takde pembaharuan buat ape jugak kan. Walaupun match semalam antara yang terbosan dalam sejarah 2 rival ni,aku tetap taat dan layankan jugak sampai 90' dan resultnye seperti yang korang tau la kan, dapat 1 gol pun tapi da away gol,berat gak tu wahai Chelshiters sekalian haha..

Mase 1st half memang aku suka cara game MU,biarpun tak control game,memang itu yang jadi bila dorang lawan team2 cap ayam cam Arsengal,Chicksea or semestinye Liverfool la kan,tapi bila dapat je pegang bola,diorang punya attack memang terbaik gila. Terkejut aku semalam Ferdinand main padahal sebelum tu bace news yang die maybe rest sampai hujung musim,tapi kalau da main,join lak dengan Vidic si Serbian,memang jangan harap dengan sesuka hati nak lepas ke Legend Van Der Sar. Gol dari si Rudeboy Rooney memang membuatkan pagi aku ceria sampai sekarang haha indahnya dunia ni. Chicharito biarpun tak brape perform, aku tetap yakin dia akan perform dekat Old Trafford nanti,see je nanti.
Aku bukan apa,aku suka Chicksea@Chelshit kalah haha,orgasm sungguh ghasa..apadahal.

                                                                    Koleksi2 Cup..

Testing....testing 1 2 3

Dalam busy2 nak study ni aku nak curi gak sikit masa utk hapdate,da seminggu lebih tak hapdate satu hape pun,berlumut blog ni,kesian aku kan,busy manjang,terabai blog,saba blog ea. Ok enough with beremosi dengan blog.

Sebenarnya esok aku akan hadapi 2 test yang mencabar terutama aku seorang bani Melayu yang berbahasa Melayu dan kena jawab test Mandarin. Aku suka Sejarah and Geo tapi aku tak suka bahasa,apadahal ye dak, macam Rooney jugak,seterer dia buat hatrik,keluar jugak F-word depan kamera,haha ko memang Rudeboy Rooney. Manusia ada baik dan selebet sendiri. Aku memang fail bab2 belajar bahasa ni,bayangkan 3 tahun aku belajar bahasa Arab tapi at last result dia, biar jela dia tersimpan dalam result PMR aku tu,biarkan dia bersemadi kerana memang itulah hasil sepatut aku dapat.Tapi tak patut gak,aku pun study ape,tapi takdela hardcore sangat,so me deserve it. Tapi time form 4-5 English aku sangat excellent,selama 2 tahun tu aku hanya sekali ke dua kali je dapat B markah exam,yang lain semua A,haha apa sebab dia? Tak nak citala,malu aku. Aku bukan apa,si teacher tu yang tangkap cintun ngan aku, dia pun memang cantik haha vice versa sebenarnya. Eh aku cita gak! aaaahhhhhhh tidak!! Tapi English ni memang belajar dari kecik kan so takde hal la sangat nak paham sumenye..


Masuk Kolej Universiti Shahputra tiada tandingan ni,kena belajar Mandarin yang aku zero gila education dia. Paling kuat pun pernah tengok pilem Mandarin Jackie Chan tapi dia tak berlakon pilem Mandarin da skunk,so fluence aku pun turut berlalu pergi membawa hati yang lara,aceh..Tapi berkat ajaran Mr. Lee Peng Chuan dengan trademarknya 'awak makin nakal ya' telah membuatkan aku pass exam Mandarin setiap semester sehingga semester terakhir belajar Mandarin ni,OH thanks Mr. Lee. Sila belanja saya minum sebab saya kredit nama sir,ehe.. 

Esok test paling aku takut antara semua test dalam dunia, Mandarin Written Test, so nak sambung study dan pada Mr. Lee, wish me great look ok,chiow!

                                                                 
Layankan sifu aku dalam bab menguntau

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More