Pilem Malam Ini

Aku sangat suka filem base on true story macam filem Forrest Gump dilakonkan Tom Hanks, Chuck Nolan dalam Cast Away,Tom Hanks juga berlakon,Remember The Titans dilakonkan Denzel Washington. Di Mesia,kita ada Bukit Kepong (Dato' Jins) ataupun Leftenan Adnan (Rosyam Noor) mahupun Zombi Kampung Pisang (Usop),masa ni dia tak guna wilcha lagi.
Dan filem terbaru yang aku tengok malam ni,127 Hours. Seorang pendaki gunung hobinya dan seorang engineer kerja tetapnya, James Franco@Aron Ralston pergi mendaki Robbers Roost di Utah dan telah terperangkap di celahan batu sementara tangan kanannya telah disepitkan oleh batu selama 5 hari full package. Filem ni diarahkan oleh pemenang Oscar Award tahun lepas dengan filem Slumdog Millionaire, Danny Boyle. Pemuzik pula oleh A.R Rahman dan memang nyata terdapat banyak unsur-unsur muzik Shah Rukh Khan mahupun Kajol dalam filem tu.

                          Dia taubat dalam Spiderman dan menjadi pendaki gunung
Selama terperangkap,Aron banyak mengimbau kenangan bersama parent dia,maybe dia ada masalah dengan parent dia dan sehari sebelum dia pergi mendaki tu,mak dia call and cakap yang beliau sunyi sebab ayah dia pergi New York,tapi si tanggang Aron ni tak jawab pun call mak dia,sian mak dia.Lepas tu dia rakamkan cerita tentang dia dan ex dia,Rana,tentang one night stand diorang and last tentang camana dia dump si Rana tu di match basketball. Sangat seronok dan sungguh menyentap hati kudus aku di pertengahan filem ini,dengan adunan sedih dan gembira,drama di sorang2 interview diri sendiri,layan lagu Scooby Doo dan akhir sekali minum air kencing semut,eh sendiri.Semua adunan tu membuatkan aku dapat rasa macamana peritnya si Aron ni nak hadapi kerenah alam,panas,ribut,hujan dan kerenah diri dia sendiri sebelum die terperangkap di celah batu tu.

Motivasi yang diberi secara halus sangat berkesan pada aku,bagaimana walau sempitnya jalan untuk satu masalah tu,akhirnya kau akan temui cahaya di hujungnya. Semangat untuk terus hidup dan dengan tagline GGMU,GGMU tu aku tambah je,membuatkan Aron tak patah semangat langsung,thats a true man,never surrender until last breath. Aron dah buat macam-macam usaha sebelum akhirnya nekad untuk potong hampir separuh tangan dia demi untuk lihat lagi dunia esok dan seterusnya meneruskan lagi hobinya tu,what a spirit! Scene dia potong tangan guna multi-purpose knife yang kecik dan tumpul membuatkan aku nak muntah,yes admit it tapi itulah hakikat yang kena buat untuk terus hidup,pilihan dia adalah  usaha sedaya mungkin untuk lepas ataupun tunggu je malaikat Izrail datang cabut nyawa dia. 

So aku cadangkan korang semua tontonla filem ni,memang da 4 bulan filem,ye aku outdated tapi apadahal,kualiti filem tak ditentukan tarikh dia keluar panggung,so siapa yang dekat dengan aku boleh je bagi pendrive kalau nak filem ni dan selamat menangis gembira,enjoice!

                                           Aron Ralston a.k.a The Real Man

Nak layan Kisah Benar macam kat TV3,moh layan video ni..

 

2 comments:

nanti tgk crita kakiku di bibirmu pulak ye ehehehe...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More