Seronok II

Kejuaraan Liga kali ke-19 tetap menafsukan Sir Alex Ferguson untuk terus mengerah idea bagi musim-musim akan datang. Selamat bersara pada legend keeper,Edwin Van Der Sar dan akan menyusul Paul Scholes selepas perlawanan menentang Barca nanti,tapi harapnya dia boleh ubah fikiran last2 minute,mana tau kan tetiba bernafsu balik tengok budak2 lain pegang cup. Perlawanan terakhir tadi menentang pasukan seiras team sandarkan pada kenangan,Blackpool di Old Trafford menjanjikan yang SAF memang nak klasemen sampai bila2. Kesian budak2 Blackpool tu kena relegate,da hilang duit diorang,ish3 tak pe,musim depan cuba lagi ya. Jaringan 4-2 memang menunjukkan Manchester United bukanlah kelab biasa2 seperti kelab atas lain seperti Liverfool,kalah pada Aston Villa,0-1,Chicksea@Chelshit kalah pada Everton,juga 0-1 dan Arsengal,nasib seri budak2 tadika ni,2-2 menentang Fulham.Ok tak nak cerita banyak sal kelab2 ayam lain,mari raikan petang bersejarah ini dengan mengorgasm mata anda dengan gambar-gambar mendakap BPL Cup,GGMU!!








Yang ni paling tak boleh blah:

                                           "If you can't beat them, join them." - Michael Owen


1 lagi:

Ferguson and Dalglish walk into a bar. Bartender turns around to Dalglish and says

"sorry Kenny, over 18 only!!!!"

Hahahahahahahahahahaha....

CHAMP19NS!

                                   Muka-muka Legend and Legend in Making, 'Sir Ryan Giggs'


                                                            We've got 19 and still continuing..


                                                                     The Latest One
                                                                         Nak jugak..

19th Title!

Pagi ini,14/5/2011 maka dengan ini aku mengisytiharkan bahawasanya kelab paling klasemen di dunia,Manchester United Football Club telah menjadi juara Liga Perdana Inggeris buat kali ke-12 dan ke-19 secara keseluruhannya! tepuk tepuk tepuk!

Masih berbaki 1 perlawanan menentang Blackpool di gelanggang keramat,Old Trafford pada minggu hadapan,dan kami dah jadi juara pada minggu ini,tak pelik bagi kelab sehebat kami. Menentang Blackburn Rovers di Riverside bukan mudah,kesebelasan terbaik kecuali keeper diturunkan untuk memungut hanya 1 mata.1 mata yang sangat berharga bagi menutup mulut pengkritik dan terutamanya para Kopities sekalian.Sapa Kopities ni?Mereka bukan siapa-siapa,mereka hanyalah penyokong kelab sandarkan pada kenangan,Liverpool. Kenapa kami anti sangat pada mereka ni,ini ceritanya.

Tahun 94,di mana ketika itu aku masih bertatih,Rooney mahupun Ronaldo sudah bersekolah rendah,Alex Ferguson masih dikira tidak berapa klasemen di EPL,King Cantona si kapitan Red Devils bersama rakan seperjuangan yang lain datang ke Anfield bagi perlawanan liga menentang Liverpool yang dianggap hebat,sangat hebat dan dianggap maruah bagi pasukan kelab England. Mereka bentangkan banner ini pada King Cantona dan rakan-rakan.

                                  Sungguh mencabar kejantanan...


Ayat itu kami pegang sebagai azimat dan cabaran untuk tahun-tahun mendatang. Sehinggalah ke hari ini para Kopities,sememangnya kami memegang janji dan kami tunaikan,bukan sahaja 18 kejuaraan kami pegang,bahkan 19!! Kami bukanlah nak tunjuk sangat yang kami ni gila piala tapi dengan cabaran daripada korang sendiri,kini kami kelab bolasepak paling berjaya dalam sejarah bolasepak Inggeris. Aku memang sangat beremosi sekarang ni,kejayaan bukan datang bergolek tapi percayalah, Best Team Win! Ini balasan daripada kami..

                                 We Are Manchester United And We Are Back!


Aku tak nak cerita lagi tentang 28 Mei ni,tu buku lain. Aku nak tekankan kat sini, Manchester United telah menjadi kelab paling klasemen di liga Inggeris dan aku ucapkan tahniah juga pada diri aku kerana menjadikan cuti aku hampir bermakna,trimas Manchester United dan Aiman Mat Asin.


Seronok

Pangkor best! Dari persekitaran,penduduk,air laut,sampah sarap mahupun makanan dia,Pangkor membuatkan aku nak bermastautin di pulau,tapi pastikan semua ada la,jangan nak berak pun kena buang kat laut,berat tu. Aku sangkakan Pangkor ni macam pulau yang tak ramai orang,rupanya siap ada pekan dalam tu,dan penduduk pun ada dalam 5000 mungkin. Pulaunya tak sebesar mana tapi hati mereka yang tinggal di sana lebih besar untuk melayan setiap pelancong yang datang ke tempat mereka. Keramahan penduduk menjadikan Pangkor sangat menarik. Van warna Pink membawa pelancong menjadikan pesisir pantai lebih cantik dan indah,ditambah dengan awek mat salleh yang dipanggil 'buaya putih' oleh penduduk sana membuatkan mata-mata mereka tak berkelip memandang aku. 
                                       pemandu dia kurang ramah

Aktiviti yang disediakan untuk 3 hari 2 malam dengan bayaran RM200 seorang aku rasakan amat-amat berbaloi. Mungkin untung minimum yang diambil Pak Su si tour guide a.k.a pro photographer,aku bergurau hanya dalam lingkungan RM25 seorang,ok la tu. Kami pergi bersepuluh. Kawasan pulau tidaklah terlalu besar dan ini menjadikan Pak Su menjadi feymes sefeymes Rebecca Black di Pangkor. Mungkin dek keramahan beliau mahupun keistimewaan beliau berbicara dalam bahasa Mandarin menjadikan Pak Su dikenali hampir setiap penduduk di pulau bertuah itu dan siapa yang tidak mengenali beliau samalah seperti siapa suka WWE tapi tidak kenal Stone Cold.  Aktiviti hari pertama,hanya free and leisure,kami habiskan masa dengan mandi laut dan berenang sehingga ke Indonesia.

Hari ke-2,aktiviti snorkeling,banana boat dan island trip. Snorkeling menjanjikan air yang keruh jika anda salah timing,banana boat membuatkan aku rasa badan ni ringan je sebenarnya dan island trip,baru aku tahu Teluk Dalam Resort memang terpencil seperti dalam filem Senario Beach Boy dan majoriti penduduk adalah Cina.

                              perhatikan jejaka membuat peace, itulah Pak Su

Malam terakhir,dengan BBQ yang terhidang enak, ayam yang separa masak,juga kepada ketam, aku dan ahli tour lain melahap makanan-makanan tadi dengan separa lapar,sebab sebelum tu da bahan cikedes dalam chalet,tapi apadahal bagi Intan,beliau habis mengunyah 2 jam selepas aku habis kunyahan terakhir,haha sory tan,sengaja nak bahan. Aktiviti berkaraoke selepas melantak menjadikan Pak Su tak keruan,kami peserta tapi nampak beliau yang terlalu emosi berkaraoke,mujur suara boleh tahan. Hampir 3 jam kami jadikan Pangkor mendung yang sangat,akhirnya pukul 12 malam DJ memberhentikan kami sebelum sempat aku habiskan lagu Sorry Sorry. Pedajal tul DJ ni,mujur ada lagu tu dalam laptop aku,ops terlepas.

Hari Ahad dan hari terakhir aku di Pangkor membuatkan gadis-gadis sunti tak senang duduk,mereka berjalan ke hulu-hilir tak keruan,ada yang meracau,ada yang meronta-meronta ingin bersalam denganku sebelum aku naik feri untuk pulang ke darat,hebat sungguh penangan lagu Sorry Sorry versi aku semalam.Perjalanan diteruskan dengan Daus marah-marah pak cik kereta depan,aku lambat masuk kereta so aku tak tau apa masalah,aku diam dan kereta terus bergerak. Dengan kereta Daus dan Kimy saling beriringan,plan telah diplankan dan bersetuju sebulat suara, Cameron Highland menjadi tujuan seterusnya. Makan di Bandar Sitiawan membuatkan aku merasa berada di tahun 2007,tea ais masih RM1.20 dan nasi ayam RM3.80,jauh murah dibandingkan dengan Kuantan,aku rasa Pahang patut da guna matawang lain,harga jauh beza sangat dengan negeri lain,buat malu aku je.

Perjalanan ke Cameron Highland memakan masa hampir 2 jam.Ini 1st tyme aku sampai ke sana,sampai sahaja di lereng bukit yang tertulis Selamat Datang ke Cameron Highland,angin dan suasana dingin sekali,seperti tahu yang aku sudah sampai dan mahukan udara yang segar.Di puncak bukit,kami berhenti di CIMB Bank,Ladang Teh dan Kedai Strawberi.Tak lupa juga aku membeli makanan bernama Kamcan,tak pernah dengar?Sayur dimasak dengan tepung. Itulah kali pertama dan terakhir aku akan beli makanan itu kerana rasanya seperti aku hanya mengunyah tepung goreng,sungguh tidak adil penjaja itu,kalau macam tu baik tulis je dekat nama makanan tu 'tepung goreng' atau 'siapa ada duit lebih yang tak guna belila sayur salut tepung yang saya jual ni,ada sayur tapi anda akan rasa tepung je',RM2 sebekas.

                                        kecil kan kami,mana ada besar
                     fokus pada ladang teh,bukan pada yang berjersi MU tu

 Perjalanan balik sangat mencabar bagi aku,walaupun bukan aku pemandu kereta tapi keadaan jalan yang amat tidak lurus menjadikan aku mengantuk,pelik?tidak bagi aku dan Intan kerana kami bergilir melelapkan mata.Mula-mula aku yang menemankan Daus,Daus sungguh terrer memandu,aku yang duduk seat belakang cuak bila berselisih dengan bas,dia boleh hulurkan tangan keluar sambil memandu,tolak bas jauh sikit supaya tak calar Saga BLM SE nya,hebat Daus. Berhenti di R&R Tapah,Daus membebel pada pemandu yang tidak menghormatinya sebagai pemandu yang terrer,dimakinya pemandu itu sehingga ke tandas R&R Tapah tu,berlari-lari orang dalam tandas,takut dihempuk kepala dengan mangkuk jamban.


Akhirnya tepat jam 11:01 malam,kami sampai di kediaman rasmi Daus dan famili.Perlawanan Manchester United vs Chelsea baru 3 minit bermula,jaringan 1-0,aku bersorak riang,korang tau apa kesudahannya.Kesimpulan trip kami kali ni,Seronok!

 
Koleksi Rare..




                                   Saja-saja buat jatuh,ambil hati driver bot..


                                Tempat sama Senario Beach Boy berlakon..
 
                                          di Kota Belanda,tinggal kenangan..

                                       4 jejaka berlatarkan Titiwangsa,WOW!

                                            Suke-suke,blog aku kan haha...



Nak Apa?

Petang yang aman di Jengka ni membuatkan aku merasakan tak mau lagi keluar ke mana-mana mahupun ke New York,tapi tyme petang jela sebab masa lain New York lagi produktif,lebih2 tyme malam ehe..Erm aku takde benda nak kongsi sebenarnya tapi tryla 2 3 pam yek,apadahal. Okeh,esok aku akan start bergerak ke KL sebab Jumaat aku akan bercuti ke Pangkor,wah 1st tyme wo,dulu pergi Tioman dengan senior best gila babeng,ni pulak dengan pergi dengan membe2 and senior 2 3 orang,mintak2 takde apa2 kejadian pelik berlaku seperti naik bus pergi pangkor,termakan batu karang mahupun tersangkut dengan awek pulau ehe,cik Fauzia,saya guwau yo.

Tapi sebelum tu,malam ni adalah malam Khamis,semua tahu itu tapi tak semua tahu yang match Manchester United@MU@Most Greatest Team In The World akan menentang kelab ayam Schalke 04 dalam perlawanan ke-2 UCL. Aku rasa Sir Alex akan menurunkan campuran antara 1st n 2nd team macam keeper Kuszcak,betul ke eja,pertahanan Rafael@Fabio,Smalling,Vidic,Evra,Midfield Valencia@Park,Carrick,Scholes,Nani dan depan Owen dan Berbatov. Semoga peluang yang diberi pada kanak2 taski Arsengal tidak berulang pada malam ni dan terus ke jalan yang lurus ke Wembley 28 Mei ni menentang Barcelona. Match Barca vs Real semalam aku tak nak ulas,yang penting real main macam hanjing semalam,tak nampak langsung nak menang,semua nak tibai gol ikut suka hati sendiri,baik lagi team Kampung Subang Dalam main,huh!

 Badan chantek maen xchantek tak ley gak..


Pagi esok lak,dalam keheningan aku akan gerak ke KL@Kuala Lumpur,tu pun nak 2  bitau nama ke?untuk join kawan2 aku bercuti ke Pulau Pangkor,Perok! Ate,kalau ade rejki teman sampei ke Perok tu,tu la kali ke-3 teman sampei ke negeri kelahiran Kak Limah tu,mintok2 idokla dikokaknye teman ni kalau teman da sampai di sane ye,amin. Berangkatnye teman ke Pangkor tu ghasenye adela dalam 3 4 hari,idokle teman tau,teman seroh je pada pihak berwajib.Mudoh-mudohan berseronokla teman ke sane di samping teman2 macam Pak Jabit@Daus, Usin@Topek, Abi Hurairah@Kimy dan membe2 lain.Koghang kena blanje teman minum ayo laut,teman tulis name kome2 dalam ni tau aha..

 Nak singgah sini nanti boleh tak?


Soley soley..


Berkenaan pula dengan kejadian yang mengejutkan seluruh dunia yang terjadi pada minggu lepas iaitu AS mendakwa telah menembak mati Osama Bin Laden. Mayatnya telah dicampak ke laut,apa die hengat mayat orang tu bangkai ayam ke nak bagi jaws makan,bengong! Gambar wajah mayat Osama dikatakan telah bocor dan telah dipaparkan oleh stesen televisyen Pakistan,tapi..


          FAKE!!


Budak darjah 6 pun akan tau yang gambar atas telah diAdobePhotoshopkan. Ada mengatakan yang sebenarnya Osama Bin Laden ni tak wujud pun,malahan penduduk Afghanistan sendiri tak tau pun apa itu Al-Qaeda sebelum 11/9. Osama dikatakan dulu adalah ejen CIA dan digunakan untuk kepentingan AS dan menjadi alat konspirasi unutk menjatuhkan Islam.





Tapi benda dah berlaku tetap akan berlaku dan akan jadi Sejarah,kalau betulla Osama da dibunuh,kita doakan muga rohnya ditempatkan di tempat yang sepatutnya.


So malam ni jangan lupa,GGMU!

Muka Kena Tumbuk..

Ini ialah fakta-fakta yang sangat menarik tentang benda yang akan korang buat lepas bangun tidur,jangan tipu,aku boleh jamin 99.8% yang korang akan buat benda ni. Ini adalah fakta terlatest aku bace dan aku kreditkan gambar2 yang bakal menyusul ni pada Blog Serius,gempak gila blog ni,Serius!

p/s: klik gambar untuk suka2..




 


So da dapat maklumat kan,tapi apa kena mengena tajuk dengan entry?

 

Aku Nak Ceghita Gak..

Lepas final ni memang niatnya nak rilek2 kat rumah,makan cikedis,layan bola dengan perasaan bongkak sebab MU bakal menang title tyme aku cuti ni,then masuk balik kolej dengan wajah girang dan bongkak lagi,sem 5 tu,paling senior antara senior,maen2 ngan aku,aku sebat guna lidi.Ok cukup,lepas 2 jam@masa aku tulis entry ni,Arsenal 1 - Manchester United 0. F!!!!!!! tolong jangan jadikan cuti aku tak bermakna wahai setan merah sekalian.


1st half main macam cibai,nak menang title tapi gi maen macam lawan dengan Raksasa Gorgon,semua takut nak curi bola,bukan bola api mahupun bola-bola api lagu Achik dengan Nana tu,bola sepak je pun tapi nak pegang bola 5 minit pun sangkut gak,malu betul aku tengok game 1st half tu,sumpah suck gile baby,sory emo..Dengan midfielder kena ayam,wing pun lari macam latihan kat padang MPK,ai karang aku suara lebih2,aku juga yang panas hati baca tulisan sendiri,so terus ke kesimpulan 1st half,SUCK!

                                         Midfielder yang Phail! malam ni..

Masuk 2nd half,aku dengan semangat membara,dibantu pula dengan mak yang salah pilih team,masuk ke padang bersama2 player2 MU,hensem juga Vidic dari dekat.Ok,sambung 2nd half,engatkan da tukar taktikal,rupenye macam tu juga,sibuk main defend macam da confirm menang liga,makin sakit hati,tukar TV3,Mentor tengah jalan,nak tengok Erra Fazira,keluar Syarifah Aini,tukar balik channel bola.Aku makin tak faham apa yang Sir Alex Ferguson punya taktikal,die boleh pergi letak Ji Sung Park main midfield,dia tu rendah,tak berapa laju,molek2 ade kena ayam dengan adik Wilshere,padan muka. Minit 56',dari serangan balas pantas,pap pup pap tau2 Aron Ramsey kurang hormat dengan Van Der Sar,ditolaknya bola lepas sikit je dari tangan abam VDS tu,da 1-0,hadoi! Lepas tu barula si setan2 merah ni sedar yang diorang tengah main bola dan bukan bermain konda kondi,serangan2 dan pertukaran pemain tak menjadikan adik2 Arsengal gentar berdepan si setan2 merah,minit 90,Owen si Raja Injured jatuh dalam kotak penalti,aku tengok referee tengah main mata dengan awek tepi padang,permainan diteruskan. At last,we stay calm dan kami masih mendahului liga dengan  3 mata mengatasi Chicksea ya semua,apadahal..   


                                               Aron Ramsey,bagus budak ni..

     Park Ji Sung,banyakkan dengar lagu Wonder Girls untuk lebih stamina..



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More