Seronok

Pangkor best! Dari persekitaran,penduduk,air laut,sampah sarap mahupun makanan dia,Pangkor membuatkan aku nak bermastautin di pulau,tapi pastikan semua ada la,jangan nak berak pun kena buang kat laut,berat tu. Aku sangkakan Pangkor ni macam pulau yang tak ramai orang,rupanya siap ada pekan dalam tu,dan penduduk pun ada dalam 5000 mungkin. Pulaunya tak sebesar mana tapi hati mereka yang tinggal di sana lebih besar untuk melayan setiap pelancong yang datang ke tempat mereka. Keramahan penduduk menjadikan Pangkor sangat menarik. Van warna Pink membawa pelancong menjadikan pesisir pantai lebih cantik dan indah,ditambah dengan awek mat salleh yang dipanggil 'buaya putih' oleh penduduk sana membuatkan mata-mata mereka tak berkelip memandang aku. 
                                       pemandu dia kurang ramah

Aktiviti yang disediakan untuk 3 hari 2 malam dengan bayaran RM200 seorang aku rasakan amat-amat berbaloi. Mungkin untung minimum yang diambil Pak Su si tour guide a.k.a pro photographer,aku bergurau hanya dalam lingkungan RM25 seorang,ok la tu. Kami pergi bersepuluh. Kawasan pulau tidaklah terlalu besar dan ini menjadikan Pak Su menjadi feymes sefeymes Rebecca Black di Pangkor. Mungkin dek keramahan beliau mahupun keistimewaan beliau berbicara dalam bahasa Mandarin menjadikan Pak Su dikenali hampir setiap penduduk di pulau bertuah itu dan siapa yang tidak mengenali beliau samalah seperti siapa suka WWE tapi tidak kenal Stone Cold.  Aktiviti hari pertama,hanya free and leisure,kami habiskan masa dengan mandi laut dan berenang sehingga ke Indonesia.

Hari ke-2,aktiviti snorkeling,banana boat dan island trip. Snorkeling menjanjikan air yang keruh jika anda salah timing,banana boat membuatkan aku rasa badan ni ringan je sebenarnya dan island trip,baru aku tahu Teluk Dalam Resort memang terpencil seperti dalam filem Senario Beach Boy dan majoriti penduduk adalah Cina.

                              perhatikan jejaka membuat peace, itulah Pak Su

Malam terakhir,dengan BBQ yang terhidang enak, ayam yang separa masak,juga kepada ketam, aku dan ahli tour lain melahap makanan-makanan tadi dengan separa lapar,sebab sebelum tu da bahan cikedes dalam chalet,tapi apadahal bagi Intan,beliau habis mengunyah 2 jam selepas aku habis kunyahan terakhir,haha sory tan,sengaja nak bahan. Aktiviti berkaraoke selepas melantak menjadikan Pak Su tak keruan,kami peserta tapi nampak beliau yang terlalu emosi berkaraoke,mujur suara boleh tahan. Hampir 3 jam kami jadikan Pangkor mendung yang sangat,akhirnya pukul 12 malam DJ memberhentikan kami sebelum sempat aku habiskan lagu Sorry Sorry. Pedajal tul DJ ni,mujur ada lagu tu dalam laptop aku,ops terlepas.

Hari Ahad dan hari terakhir aku di Pangkor membuatkan gadis-gadis sunti tak senang duduk,mereka berjalan ke hulu-hilir tak keruan,ada yang meracau,ada yang meronta-meronta ingin bersalam denganku sebelum aku naik feri untuk pulang ke darat,hebat sungguh penangan lagu Sorry Sorry versi aku semalam.Perjalanan diteruskan dengan Daus marah-marah pak cik kereta depan,aku lambat masuk kereta so aku tak tau apa masalah,aku diam dan kereta terus bergerak. Dengan kereta Daus dan Kimy saling beriringan,plan telah diplankan dan bersetuju sebulat suara, Cameron Highland menjadi tujuan seterusnya. Makan di Bandar Sitiawan membuatkan aku merasa berada di tahun 2007,tea ais masih RM1.20 dan nasi ayam RM3.80,jauh murah dibandingkan dengan Kuantan,aku rasa Pahang patut da guna matawang lain,harga jauh beza sangat dengan negeri lain,buat malu aku je.

Perjalanan ke Cameron Highland memakan masa hampir 2 jam.Ini 1st tyme aku sampai ke sana,sampai sahaja di lereng bukit yang tertulis Selamat Datang ke Cameron Highland,angin dan suasana dingin sekali,seperti tahu yang aku sudah sampai dan mahukan udara yang segar.Di puncak bukit,kami berhenti di CIMB Bank,Ladang Teh dan Kedai Strawberi.Tak lupa juga aku membeli makanan bernama Kamcan,tak pernah dengar?Sayur dimasak dengan tepung. Itulah kali pertama dan terakhir aku akan beli makanan itu kerana rasanya seperti aku hanya mengunyah tepung goreng,sungguh tidak adil penjaja itu,kalau macam tu baik tulis je dekat nama makanan tu 'tepung goreng' atau 'siapa ada duit lebih yang tak guna belila sayur salut tepung yang saya jual ni,ada sayur tapi anda akan rasa tepung je',RM2 sebekas.

                                        kecil kan kami,mana ada besar
                     fokus pada ladang teh,bukan pada yang berjersi MU tu

 Perjalanan balik sangat mencabar bagi aku,walaupun bukan aku pemandu kereta tapi keadaan jalan yang amat tidak lurus menjadikan aku mengantuk,pelik?tidak bagi aku dan Intan kerana kami bergilir melelapkan mata.Mula-mula aku yang menemankan Daus,Daus sungguh terrer memandu,aku yang duduk seat belakang cuak bila berselisih dengan bas,dia boleh hulurkan tangan keluar sambil memandu,tolak bas jauh sikit supaya tak calar Saga BLM SE nya,hebat Daus. Berhenti di R&R Tapah,Daus membebel pada pemandu yang tidak menghormatinya sebagai pemandu yang terrer,dimakinya pemandu itu sehingga ke tandas R&R Tapah tu,berlari-lari orang dalam tandas,takut dihempuk kepala dengan mangkuk jamban.


Akhirnya tepat jam 11:01 malam,kami sampai di kediaman rasmi Daus dan famili.Perlawanan Manchester United vs Chelsea baru 3 minit bermula,jaringan 1-0,aku bersorak riang,korang tau apa kesudahannya.Kesimpulan trip kami kali ni,Seronok!

 
Koleksi Rare..




                                   Saja-saja buat jatuh,ambil hati driver bot..


                                Tempat sama Senario Beach Boy berlakon..
 
                                          di Kota Belanda,tinggal kenangan..

                                       4 jejaka berlatarkan Titiwangsa,WOW!

                                            Suke-suke,blog aku kan haha...



2 comments:

cantek2 view dye ea . nak pergi jgak !!

nanti ade rejki n laen mase kite pergi k.. =)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More