19th Title!

Pagi ini,14/5/2011 maka dengan ini aku mengisytiharkan bahawasanya kelab paling klasemen di dunia,Manchester United Football Club telah menjadi juara Liga Perdana Inggeris buat kali ke-12 dan ke-19 secara keseluruhannya! tepuk tepuk tepuk!

Masih berbaki 1 perlawanan menentang Blackpool di gelanggang keramat,Old Trafford pada minggu hadapan,dan kami dah jadi juara pada minggu ini,tak pelik bagi kelab sehebat kami. Menentang Blackburn Rovers di Riverside bukan mudah,kesebelasan terbaik kecuali keeper diturunkan untuk memungut hanya 1 mata.1 mata yang sangat berharga bagi menutup mulut pengkritik dan terutamanya para Kopities sekalian.Sapa Kopities ni?Mereka bukan siapa-siapa,mereka hanyalah penyokong kelab sandarkan pada kenangan,Liverpool. Kenapa kami anti sangat pada mereka ni,ini ceritanya.

Tahun 94,di mana ketika itu aku masih bertatih,Rooney mahupun Ronaldo sudah bersekolah rendah,Alex Ferguson masih dikira tidak berapa klasemen di EPL,King Cantona si kapitan Red Devils bersama rakan seperjuangan yang lain datang ke Anfield bagi perlawanan liga menentang Liverpool yang dianggap hebat,sangat hebat dan dianggap maruah bagi pasukan kelab England. Mereka bentangkan banner ini pada King Cantona dan rakan-rakan.

                                  Sungguh mencabar kejantanan...


Ayat itu kami pegang sebagai azimat dan cabaran untuk tahun-tahun mendatang. Sehinggalah ke hari ini para Kopities,sememangnya kami memegang janji dan kami tunaikan,bukan sahaja 18 kejuaraan kami pegang,bahkan 19!! Kami bukanlah nak tunjuk sangat yang kami ni gila piala tapi dengan cabaran daripada korang sendiri,kini kami kelab bolasepak paling berjaya dalam sejarah bolasepak Inggeris. Aku memang sangat beremosi sekarang ni,kejayaan bukan datang bergolek tapi percayalah, Best Team Win! Ini balasan daripada kami..

                                 We Are Manchester United And We Are Back!


Aku tak nak cerita lagi tentang 28 Mei ni,tu buku lain. Aku nak tekankan kat sini, Manchester United telah menjadi kelab paling klasemen di liga Inggeris dan aku ucapkan tahniah juga pada diri aku kerana menjadikan cuti aku hampir bermakna,trimas Manchester United dan Aiman Mat Asin.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More