Pengumuman!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku da siap assignment Tour Planning, 2 je k bye....

Klasemen Lagi

1st half memang tak best langsung, ape da bagi Wigan pegang possession, buat malu nama je sebagai team paling klasemen di dunia tapi menang sudah pasti. Ni analisis pemain lepas 90'. Van Der Sar usah di sangkal lagi sebagai keeper 2nd legend lepas Peter Schmeichel dengan 2 save tahap dewa. Memang 5 bintang aku bagi kat ko si tua yang best haha. Pada semua defender, korang memang best gile babis punye, cuma O'shea banyak wat silap, tapi no hal, Wigan ayam je. Tengah, si agak kurang muda Scholes amat2 best main sampai aku rasa nak je pergi cium TV time ade tayang muka dia, si Carrick lak cam O'shea tadi, banyak missing passes and susah nak hold ball. Wing kanan, aku memang respect kat Fletcher,prrrrrrrrrrraaaaaaappppp(bunyi tabik). Ko memang versatile gila babis ko tau tak. Sume position ko boleh main, dan malam ni u did good job bro, bravo2. Pada wing kiri lak, aku tak tau apa nak cakap lagi pada si hitam Nani ni. Die punye gentel macam dia sorang atas padang tu. Da la lepas gentel lepas tu tak jadi, pastu da bawak bola sampai depan gol, buleh pulak ko nak try terus kan. Apa ko engat ni ping pong ke main sorang2. Aku panas hati tol tengok die main tadi.

                                                         ( Bengap dia makin menjadi2 )         

Kalau tak sebab kebengapan dia nak try sorang, mau 10-0 kena Wigan malam ni. Aku nak hantar emella kat Ferguson suruh jual je dia ni, biar main kat liga bawah 10 Zimbabwe. Nak sangat main sorang, main ko dengan budak2.Pada 2 striker yang best, Rooney dan Chicarito, korang memang bakal jadi gandingan paling klasemen kat EPL lepas ni, aku berani cop jari dan bukan kerat jari. Tapi yang tak puas hati 2,buley plak si Ferguson keluarkan Chicarito lepas dia score 2 goal,bagila dia try hatrik mangkuk! Kesian si budak comel tu, aku tengok lepas dia kluar nak menitik air mata ehe. Tu aku tambah je. Lepas tu masuk si Berba yang main kool tahap baru lepas bangun tidur, Gibson yang makin meningkat prestasi dia dan Fabio yang makin comel lepas injured. Apa kena mengena? Impak 3 orang ni sangat best, 2 gol last 3 pemain ni terlibat dan termuktamadla keklasemen Manchester United dengan jaringan 0-4!!
 Senarai penjaring : ( Chicharito, 17', 74' Rooney, 84', Fabio, 87' )

                                               ( Teka mana 1 Rafael mana 1 Fabio haha )   

Not feeling Well..

Sekarang rasa sakit tekak dan tak sedap badan. Sebab hujan renyai pastu panas gile sampai body temperature aku pun tak sempat nak ikut,so akibatnya ni la..

Tapi tak sihat pun sempat gak layan movie, filem Jackass The Movie. Crite ni tentang si Johnny Knoxville and the gang, diorang pedajal membe2 sendiri dengan orang awam, jahat gila babis. Nak layan 2nd part lepas ni, sapa yang pernah tengok, mesti korang paling suka part yang pelakon tu makan hingus dengan muntah die sendiri kan haha..
K 2 je kali ni,nanti sambung lagi yewwwwwwwwwwwwwwwwwwwww...........

Aku da cakap Dinner benda paling membosankan!!

Lame tak tarikh naik..

Halo2 sume...erm dok kt uma kontan ni susah sikit nak update,suasana yang tak sesuai,kerja yang bertimbun,hantar anak gi sekolah,masak untuk jiran sebelah,banyak lagila,uiiiyyy dasyattttttttt....

 Erm esok ade test CRS,susah wo tapi bagi aku,tak de benda susah dalam dunia ni, melainkan subjek math dan akaun dan yang bersekutu,termasuk wilayah2 persekutuan. I HATE MATH!!! Remember that until when2 k..Pagi kunk lak match Manchester United a.k.a Most Awesome Team in World akan pergi ke France utk berjumpa Sarkozy tentang penjualan minyak cenuai,eh ape aku mrepek ni. Ok pagi ni pukul 3.45 a.m, Olympique Marseille vs Manchester United,so i'll be there for u Red Devils. 1 lagi match between Malaysia Olympic Team vs Pakistan pukul 7.45 p.m kat Stadium Shah Alam,so walaupun aku confirm tak tengok match ni,aku yakin Malaysia akan meneruskan keklasemen pasca AFF Suzuki Cup baru ni,go Khairul Fahmi,biopun dia keeper je.(sebab aku tak tau nama striker team ni) 

 K 2 je,da mak maghrib ni,nak gi melayari keindahan ciptaan Tuhan lak.Ape kena mengena maghrib dgn keindahan ciptaan Tuhan?Aku pasti korang tgh garu dahi kan,samela kite.Aku pun tak tau ape kena mengena sebab keindahan ciptaan Tuhan bukan time maghrib je kan,tak gitu..Okey,Assalam..

18 Tahun..

 Apa yang 18 tahun?? ha yang tu kita tak tau dan aku akan ceritakan apa kejadahnya dan signifikan tajuk 18 tahun tu. Okey, umur 18 tahun aku rasa adalah umur yang paling cambest sekali untuk budak-budak di Malaysia sebab SPM da tak de dalam kamus hidup dan tak perlu semak-semak lagi pikir dan boleh start memikirkan mencari duit sendiri@merantau@memecah rumah jiran@bersenggama bagi bukan Islam dan juga masuk PLKN haha. Dan aku nak ceritakan apa yang terjadi pada aku masa umur aku 18 ni. Sebelum habis SPM aku da terima surat chenta dari JLKN yang bagitau aku kena PLKN selama 3 bulan di Kem Benum Hill Resort, Raub, Pahang. Dengan muka toya tahap cipan hilang bulu, aku pergi la daftar diri, naik bas dari Jerantut, jumpa membe yang aku kena buat2 ikhlas tuk jadikan membe dan kena potong rambut pendek, da macam sami kalau lepak ramai2. Kesian aku tengok budak2 cina yang rambut cam model syampu kena potong pendek, huduh ghupe haha tapi nak buat camana kan,law. Dan mujur juga bagi aku sebab jumpa membe sekelas time form 5 dan membe baru yang memang confirm aku lebih hensem dari dia. Kredit kepada Amirul Muim Ahmad dan Mursyidi Mustapa, kerana aku korang happy di PLKN, haha terbalik sudah. Bermastautinla aku 3 bulan di sana,bangun pukul 6 pagi tiap hari dan tidur 11 malam dan perkara yang paling aku senang pelajari adalah aku tak paham kenapa laluan nak pergi ke dewan makan lelaki sengaja dijauhkan padahal ada je jalan dekat, cikgu cakap untuk mendisiplinkan kitorang, ah takde makne disiplin kalau surau time semayang subuh sorang pun takde datang jemaah.


                                                    Dia pernah bergaduh dgn Suki semata2
                                                    nak sama kompeni dgn aku.



   Lepas da graduasi, aku pun lepakla rumah dalam seminggu sebab sehari lepas habis PLKN result SPM keluar, yang 2 tak yah cerita la ek, disabled kan. Lepas tu aku terus berkelana ke Kuantan dengan niat nak bekerja dan semestinya bukan menjadi buruh binaan mahupun amah di rumah cina bukan Islam tetapi aku nak cari kerja yang hampir sama taraf dengan kerja tadi dan akhirnya lepas dok belek2 Megamall 2 3 hari(mood malas sampai) aku pun menerima tawaran kerja(padahal aku yang mintak) untuk menjadi seorang waiter merangkap pelayan pelanggan lelaki di De'Mall Restoran@De'Mall kedai half mamak sebab tokey dia ada mix mamak sikit2 je,tak banyak,2 yang half je 2. Dan tokey tu juga mempunyai anak perempuan yang agak cantik, dia nak ngirat aku dulu tapi aku tak layan,fokus pada kerja katanya. Dekat sini aku kerja dari 8 pagi hingga 8 malam , memang betul2 aku jadi buruh tapi mujurla makan free so tak rase sangatla kekulian tu. Satu hari bini tokey dengan tiba2 mengoffer aku tuk mengajar budak2 sekolah rendah belajar mengaji dan fardu ain di tadika miliknya. Dengan perasaan serba salah dan adela ilmu baca Al-Quran sikit2 aku pun terima kerja tu. Dan jadual kerja aku di kedai makan pun berubah, juga jadual tidur aku. 


 Aku terpaksa bertukar ke syif malam dan start masuk kerja jadi pelayan pukul 8 malam sampai 8 pagi dan selepas habis kerja aku mesti tidur kerana pada pukul 12 tengahari aku mesti bangun untuk bersedia pergi mengajar(wah cam cikgu betul ni). Aku start mengajar dari pukul 3 hingga 5 petang dan pada 8 malam aku masuk kerja menjadi pelayan semula. Pada awal2 perubahan jadual tu, aku rasa sangat letih, lembab, bingai dan bengap kerana jadual tidur aku amat pendek dan masa berjaga amat panjang, lagi teruk dari amah da aku ni, baik aku jadi amah je, tidur pun ikut time tidur tapi demi pengalaman dan duit,of course, aku teruskan juga 2 kerja ni dan malangnya pada 14/4/09 bersamaan 18 Rabiulawal 1430H abah aku iaitu En. Mat Asin B. Hj Che Lah telah meninggalkan kami sekeluarga kerana sebab yang dirahsiakan di sini. Bestnya aku cuti seminggu wo dan gaji jalan, maybela, aku pun lupa. Aku kenal 2 orang pekerja Nepal yang di ambil bos aku tuk sama2 jadi waiter di kedai tu dan aku pun jadila membe dengan diorang, aku beri tabik general pada pekerja2 luar ni sebab diorang memang betul2 bagi passion tuk kerja diorang tapi mestila kena buat betul2 kan, kalau malas mau balik negara sendiri jalan kaki. Kerja aku sangat best sebab dapat jumpa ramai orang dan ada jugala artis2 cam Man Kidal, Yusry KRU dan kumpulan Kristal. Dari pelayan, aku bertukar posisi ke pembuat air dalam sebulan setengah terakhir aku bekerja di sana sebab pembuat air asal kena buang atas alasan yang disengajakan. Best wo buat air, air mahal2 aku bedal buat gak tuk diri sendiri biar kena warning siap2,ah sapa tau letihnya pembuat air ni. Tokey aku amat baik pada aku sebab dia banyak sangat menolong aku masa aku nak apply UiTM tapi lastly tak dapat, xpela, aku bersyukur gak tak dapat, then dia tolong juga aku tuk apply KPM, tapi aku pulak tak nak, gile ko kat Melaka pastu jurusan ada bau2 math lak, memang tak la. Benda yang paling aku ingat masa hari last aku kerja, masa tu kedai nak tutup sekejap, dalam pukul 4 pagi lebih camtu, sorang pekerja Nepal ni datang kat tempat aku(tempat buat air) dan dia cakap, dia sangat suka berkenalan dengan aku dan dia cakap selama 2 tahun kat Kuantan dia tak pernah jumpa orang Melayu sebaik aku, wo melayang2 aku time dia cakap tu, tinggi tul pujian dia tu, thanks to u Sagar dan Jiba. Akhirnya selepas 3 bulan aku membanting segala tenaga aku di kedai dan tadika tu, tanggal 31/7/09 aku pun berentila tuk meneruskan pembelajaran aku yang wajib disambung tuk mengelakkan aku hanya jadi pemandu kereta dan bukan tuan punya kereta.  

                                                               Orang Nepal dan bukan 
                                                               pekerja De'Mall
                                                              



So masukla aku ke Kolej Shahputra dan sampai sekarang kalau aku pergi je ke De'Mall tu, pekerja yang sama batch dengan aku akan panggil aku ustaz dan Pak Lah merangkap supervisor akan sentiasa mengoffer tuk masuk kerja semula, of coursela bangga orang ingat kite. Aku malas crita hidup di kolej sebab aku rasa kehidupan aku sangat poyo dan tak de pengajaran yang baik tuk di ambil. So signifikan 18 tahun bagi aku adalah tahun yang paling sesuai tuk cari duit sendiri ataupun kahwin dengan balak or gf demi cinta sejati kononnya dan bagi aku, pengalaman 2 kerja 1 hari amat2 mencabar bagi insan yang betubuh sihat macam aku ni,daa.

APE???

Hye sume, erm dalam sminggu gak aku x update blog ni,banyak da bende aku tak kongsikan ngan korang dan benda2 yang terjadi selama seminggu ni mudah mudahan menjadi satu atau dua ataupun 3 pengajaran kepada kita semua untuk menempuhi dunia yang penuh tipu daya ni, aceh madah lak. Okey entry ni aku tak nak crite sal bola lagi, mari kite tengok pasca kejatuhan Hosni Murtabak yang gila sangat kuasa 2 sampai nak bawak kubur tapi akhirnya tercium gak bau kasut rakyat Mesir yang da tak ley tahan sal kehanjingan Murtabak ni. Malam maulid baru ni aku ada dengar 1 ceramah tentang analisis situasi di Timur Tengah dan apa yang aku dapat ingat, si penceramah ada bagitau 1 buku yang ditulis oleh Richard Nixon iaitu mantan Presiden US, ada menyatakan cara yang paling hensem oleh Yahudi dan Amerika untuk menguasai dunia Islam ni, mereka hanya perlu kuasai 4 buah negara Islam je di seluruh dunia ni, then kalau dapat conquer sumenye, memang makin merempatla masyarakat Islam ni terutamanya di bumi Malaysia terchenta ni.

 Okey, negara pertama ialah Mesir kerana Mesir adalah salah satu negara pengeluar minyak terbesar di Timur Tengah dan juga dunia dan diorang juga kaya dengan sejarah zaman kerajaan Uthmaniyah dan confirmla kerajaan Islam yang amat feymes dalam sejarah dunia kan. Dengan menguasai ekonomi negara ini, negara-negara Timur tengah yang lain tak dapat buat apa sebab diorang ni tak nak beri bekerjasama antara orang diorang sendiri sebab diorang da ditanam 1 perasaan iaitu Arabism oleh Amerika ni juga, macam semangat Kabilahla. Sebab tu la Palestin tak bebas sampai sekarang, bayangkan si Husni Murtabak, yang mengaku Islam tu boleh ber joint venture ngan Yahudi tuk tutup sume jalan masuk dan keluar wilayah Gaza dan diorang biarkan penduduk yang hampir 1.5 juta orang tu kebulur suruh makan simen dengan batu, ace try suruh die makan simen 2, mau perut flat cam dinding rumah. Lepas tu, di bom pulak terowong2 yang di buat penduduk Gaza tuk masukkan makanan sumenye, punyela bapak lahanat si boneka Yahudi dan Amerika ni. Disebabkan wang dan harta, dia sanggup gadaikan agama dan negara sendiri, mungkin dalam negara kita pun da ramai pemimpin  camni,ops. Tapi lepas Murtabak ni da berambus dalam buangan. Bayangkan, selama 30 tahun jadi presiden, dia ada harta sebanyak USD70 billion dan lebih kaya daripada Bill Gates ataupun  Roman Abramovich mahupun Glazer family,ops masuk bola sikit, padahal hidup rakyat makin tersepit dengan kenaikan harga barang tapi si Amerika ni tetap cam biasala, ramai lagi balachi2 yang tetap setia untuk jadi hanjing belaan diorang ni. Tapi aku berdoa muga keadaan di Mesir akan cepat normal walaupun iainya akan ambil masa yang amat lama dan aku harapkan pimpinan baru akan sangat adil dan kontra daripada Murtabak dan sekutunya, hidup Ikhwal Muslimin!

                                                 Si tua Murtabak balachi setia Amerika
  
 Negara ke-2 lak iaitu Pakistan yang terletak kat Selatan Asia. Sebab negara ni nak dikuasai kerana negara ni adalah bekas tanah jajahan Mughal@Mongul dan juga salah satu kerajaan Islam pada zaman dulu dan Maharaja yang paling feymes tentulah Shah Jahan, yang buat Taj Mahal tu dan takde kena mengena dengan restoran Taj Point yang tumbuh melata di bumi Kuantan ni, tu aku pasti. Dan dengan negara ni dikuasai, daptla dikuasai juga negara2 Islam yang lebih lemah di sekelilingnya cam Afghanistan, Tajikistan mahupun taji ayam. Insan yang nampak sangat kebalachian dia kat Amerika ni ialah Pervez Musharraf dan jujurnya aku tak tau sangat pasal dia ni tapi aku tau yang dia benarkan kawasan ketenteraan diorang digunakan Amerika masa Amerika vs Afghanistan tahun 2001 dulu dan dia juga didakwa terlibat dalam pembunuhan Benazir Bhutto tahun 2007. Sekarang ni suasana di Pakistan baik dari segi ekonomi mahupun politik tidak berapa baik, so crite sal benda ni pun suam2 air suam je dan aku harapkan Pakistan tak lagi bergantung pada Amerika tuk naikkan nama diorang di mata dunia mahupun planet2 lain.

                                                Humera Arshad: penyanyi pakistan dan 
                                           tiada kena mengena dengan Pervez Musharraf



Negara ke-3 adalah jeng2, Indonesia yang mempunyai kepadatan penduduk Islam paling ramai ibarat buih di lautan Tasik China Selatan dan penduduk paling ramai migrasi ke Malaysia tuk jadi buruh ataupun amah. Apa sebab Indonesia jadi pilihan adalah penduduk Islamnya yang ramai tapi kebanyakannnya amat bengap dalam menentukan hukum-hukum Islam dan rakyat negara ni juga nampaknya semakin bersaing dalam hal ni dengan Indonesia. Boleh orang berzina ko penjara 3 setengah tahun je, ape nak jadila dengan law sekarang ni. Indonesia adalah negara terbesar dari segi geografi dalam Alam Melayu dan ini memberi kelebihan pada Barack 'Hussin' Obama sebab dia pernah sekolah tadika dekat Indo ni dulu, tu semua da tahu dan dia dapatla men hi jack mana yang kurang tiap kali balik kampung, sambil tu cucuk2 jarum sikit, dia ni pun bukan boleh pakai sangat, agama dia sendiri pun dia keliru, camana nak bagi harapan. So setakat ni pengaruh Amerika tak da la terlalu ketara tapi kekurangan pandai pemimpin Indo sendiri yang membuatkan negara tu makin lemah dari segi apa pun dan semestinya Islam juga da dicampur aduk bagi memenuhi tuntutan pemodenan. Dan satu lagi info,penduduk Indonesia tidak suka dipanggil Indon, diorang prefer Indo sahaja tapi, Aku Peduli APE!!


                                                 Band yang wat aku respect music Indo

 Negara terakhir adalah......................... maaf, aku terlupa apa negaranya, sangat2 terlupa dan kalau aku tercari mahupun terjumpa ataupun tersearch, amboih teruknya bahasa, aku akan update ag yek, so kesimpulannya Go to hell Murtabak!!







 

O.G.Y

O untuk Orang 
G untuk Gaya
Y untuk Yang

 Hye sume, korang mesti tak paham ape maksud setiap huruf yang aku tulis 2 kn, begitu juga pada si narrator
a.k.a aku ni,aha aku tulis je makna dia 2, janji ade bunyi kan, who care. Sebenarnya aku nak cite sal permaisuri ni, Fauzia Natashya, si dak comel yang sangat2 memberi kesan dalam hidup aku, kalu tak kerana dia, maybe pointer aku tak sampai 3.88 haha.. Erm banyak sangat dia berkorban untuk aku, aku lak, lagi banyak hehe.. Sebenarnya entry ni tuk bagi kredit kepada Fauzia Natashya a.k.a OGY sebab tolong dengan jayanya mengedit 
blog aku yang cam infant lagi ni, u do a gud job darling wa hahaha.. okey, 2 je, daa

Kalah?? Tetap No.1..

Ni request dari Syila yang nak aku cite sal MU vs Wolves baru ni, walaupun da tau keklasemen MU dalam 29 match sebelum ni amat2 terserlah tapi akhirnya dibaham gak ngan Wolves ni, dan sume da tau gak yang MU sengaja memberi simpati pada Wolves tuk dorng jauh sikit dari relegation zone 2,2 alasan paling terhensem untuk Wolves dari dorg terus menyalak seperti serigala yang nakkan belaan kasih sayang dari setan merah.

Aku tengok Mu maen malam 2 macam match bese2 dorg maen, takde gentar mahupun kecut pada Wolves,team paling x klasemen dalam epl skunk ni. Walaupun semua 3 gol di score time 1st half dan 3 gol tu jugak sampai abes game 2.Apa yang dapat aku rumuskan dari match 2, Johny Evans perlukan banyak masa lagi untuk ganti Rio Ferdinand sebab banyak lagi kesilapan2 mudah yang dia buat dalam match ni. Mujurla Smalling ganti, kalau tak kene sayur kailan je ngan Kevin Doyle 2.Vidic,Evra ngan Rafael memabg ley bagi tepukan ke depanla tuk diorang, maen tahap ape tah best die. Tengah lak, aku tak tau knape Scholes tak maen awal2, die lagi best ape dari Carrick, dari pandangan aku la. Kiri Kanan lak ade Nani ngan Giggs yang tak tau ape maksud tua, dia punya lari cam Azlan membe aku juara lari100m sekolah rendah aku dulu. tapi sayang, malam tu 2 2 x brpe perform,mybe sebab ayam sangat kot defend Wolves sampai dorang skali rase malas gile nak maen.Depan lak,Berbatov da 2 game tak on form ni,takpe,risau sementara je 2.Rooney lak,da dapat 2 gol lawan Aston Villa dulu,kena cucuk mata hitam kot dengan Henessey, 2 kelaut je sokmo bola.

                                                       muka die terlalu cute utk tanduk bola

Walaupun musnah klasemen 29 game sebelum ni, MU tetap berada di puncak klasemen dengan 4 mata lebih dari Arsengal, banyak tu 4 mata, ibarat MU tak maen 5 game pun belum tentu team 2nd 3rd ley kejar,over sudeh. Tu jela stakat ni syila yek,nanti aku update lagi,



Boola-boola

Aku tengah pikir ape nak ditulis dalam blog ni, so maybe akan amek mase dalam sehari je kot
pastu aku akan tryla update hari2,aku nak tulis sal problemo Mesir pun aku bukannya expert sangat, nak cite sal
politik Amerika yang sokongan Obama naik sikit pun aku x dapat lagi fakta2 lengkap so rasenye aku akan crite 
sal bola dulu kot,2 jela crite yang aku ley goreng cikit. 

 Esok, 09 Feb 2011 akan berlangsung perlawanan bolasepak Malaysia vs Hong Kong pukul 7.30 p.m, so aku harap kita semua dapat same2 bagi sokongan kat team Harimau Malaya tuk meneruskan keklasemen yang da terjadi kat Suzuki Cup tahun lepas. Aku harap Safee Sali dapat perform ngan lebey baek dan membe2 laen pun cm2 gak, ramai player2 yang da sihat kan so pada Rajagopal, selamat pening kepala la yek..

Ok 2 je kot aku nak bebel petang2 panas khatulistiwa ni, nak g tukar minyak hitam motre lak ni. Okey, insyAllah aku akan update sal match esok dengan scorernye skali. Majulah Harimau Malaya tuk Klasemen!   

Introduccion..

Assalamualaikum..

Terima kasih yang tak terhingga pada Fauzia Natashya yang banyak sangat membantu dalam penghasilan blog ni, kerana dia aku da berjinak jinak kambing nak jadi blogger.

Tujuan blog ni dihasilkan adalah untuk aku meluahkan apa yang ternampak di mata, terhidu di hidung mahupun terasa di hati terhadap apa yang terjadi kat sekeliling aku mahupun dunia. Bukanla nak jadi penghukum tapi nak cuba tengok satu keadaan tu dari perspektif yang lain. Ape ape komen ley anta je terus  kat bahagian komen, jangan malu-malu. Aku sangat2 fanatik pada kelab bola sepak paling klasemen di dunia (sokernet,tq atas bagi pinjam word) iaitu Manchester United so pada sape2 yang nak tau serba sedikit tentang kelab ni,jemputla layan blog tak seberapa ni ek..

 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More