18 Tahun..

 Apa yang 18 tahun?? ha yang tu kita tak tau dan aku akan ceritakan apa kejadahnya dan signifikan tajuk 18 tahun tu. Okey, umur 18 tahun aku rasa adalah umur yang paling cambest sekali untuk budak-budak di Malaysia sebab SPM da tak de dalam kamus hidup dan tak perlu semak-semak lagi pikir dan boleh start memikirkan mencari duit sendiri@merantau@memecah rumah jiran@bersenggama bagi bukan Islam dan juga masuk PLKN haha. Dan aku nak ceritakan apa yang terjadi pada aku masa umur aku 18 ni. Sebelum habis SPM aku da terima surat chenta dari JLKN yang bagitau aku kena PLKN selama 3 bulan di Kem Benum Hill Resort, Raub, Pahang. Dengan muka toya tahap cipan hilang bulu, aku pergi la daftar diri, naik bas dari Jerantut, jumpa membe yang aku kena buat2 ikhlas tuk jadikan membe dan kena potong rambut pendek, da macam sami kalau lepak ramai2. Kesian aku tengok budak2 cina yang rambut cam model syampu kena potong pendek, huduh ghupe haha tapi nak buat camana kan,law. Dan mujur juga bagi aku sebab jumpa membe sekelas time form 5 dan membe baru yang memang confirm aku lebih hensem dari dia. Kredit kepada Amirul Muim Ahmad dan Mursyidi Mustapa, kerana aku korang happy di PLKN, haha terbalik sudah. Bermastautinla aku 3 bulan di sana,bangun pukul 6 pagi tiap hari dan tidur 11 malam dan perkara yang paling aku senang pelajari adalah aku tak paham kenapa laluan nak pergi ke dewan makan lelaki sengaja dijauhkan padahal ada je jalan dekat, cikgu cakap untuk mendisiplinkan kitorang, ah takde makne disiplin kalau surau time semayang subuh sorang pun takde datang jemaah.


                                                    Dia pernah bergaduh dgn Suki semata2
                                                    nak sama kompeni dgn aku.



   Lepas da graduasi, aku pun lepakla rumah dalam seminggu sebab sehari lepas habis PLKN result SPM keluar, yang 2 tak yah cerita la ek, disabled kan. Lepas tu aku terus berkelana ke Kuantan dengan niat nak bekerja dan semestinya bukan menjadi buruh binaan mahupun amah di rumah cina bukan Islam tetapi aku nak cari kerja yang hampir sama taraf dengan kerja tadi dan akhirnya lepas dok belek2 Megamall 2 3 hari(mood malas sampai) aku pun menerima tawaran kerja(padahal aku yang mintak) untuk menjadi seorang waiter merangkap pelayan pelanggan lelaki di De'Mall Restoran@De'Mall kedai half mamak sebab tokey dia ada mix mamak sikit2 je,tak banyak,2 yang half je 2. Dan tokey tu juga mempunyai anak perempuan yang agak cantik, dia nak ngirat aku dulu tapi aku tak layan,fokus pada kerja katanya. Dekat sini aku kerja dari 8 pagi hingga 8 malam , memang betul2 aku jadi buruh tapi mujurla makan free so tak rase sangatla kekulian tu. Satu hari bini tokey dengan tiba2 mengoffer aku tuk mengajar budak2 sekolah rendah belajar mengaji dan fardu ain di tadika miliknya. Dengan perasaan serba salah dan adela ilmu baca Al-Quran sikit2 aku pun terima kerja tu. Dan jadual kerja aku di kedai makan pun berubah, juga jadual tidur aku. 


 Aku terpaksa bertukar ke syif malam dan start masuk kerja jadi pelayan pukul 8 malam sampai 8 pagi dan selepas habis kerja aku mesti tidur kerana pada pukul 12 tengahari aku mesti bangun untuk bersedia pergi mengajar(wah cam cikgu betul ni). Aku start mengajar dari pukul 3 hingga 5 petang dan pada 8 malam aku masuk kerja menjadi pelayan semula. Pada awal2 perubahan jadual tu, aku rasa sangat letih, lembab, bingai dan bengap kerana jadual tidur aku amat pendek dan masa berjaga amat panjang, lagi teruk dari amah da aku ni, baik aku jadi amah je, tidur pun ikut time tidur tapi demi pengalaman dan duit,of course, aku teruskan juga 2 kerja ni dan malangnya pada 14/4/09 bersamaan 18 Rabiulawal 1430H abah aku iaitu En. Mat Asin B. Hj Che Lah telah meninggalkan kami sekeluarga kerana sebab yang dirahsiakan di sini. Bestnya aku cuti seminggu wo dan gaji jalan, maybela, aku pun lupa. Aku kenal 2 orang pekerja Nepal yang di ambil bos aku tuk sama2 jadi waiter di kedai tu dan aku pun jadila membe dengan diorang, aku beri tabik general pada pekerja2 luar ni sebab diorang memang betul2 bagi passion tuk kerja diorang tapi mestila kena buat betul2 kan, kalau malas mau balik negara sendiri jalan kaki. Kerja aku sangat best sebab dapat jumpa ramai orang dan ada jugala artis2 cam Man Kidal, Yusry KRU dan kumpulan Kristal. Dari pelayan, aku bertukar posisi ke pembuat air dalam sebulan setengah terakhir aku bekerja di sana sebab pembuat air asal kena buang atas alasan yang disengajakan. Best wo buat air, air mahal2 aku bedal buat gak tuk diri sendiri biar kena warning siap2,ah sapa tau letihnya pembuat air ni. Tokey aku amat baik pada aku sebab dia banyak sangat menolong aku masa aku nak apply UiTM tapi lastly tak dapat, xpela, aku bersyukur gak tak dapat, then dia tolong juga aku tuk apply KPM, tapi aku pulak tak nak, gile ko kat Melaka pastu jurusan ada bau2 math lak, memang tak la. Benda yang paling aku ingat masa hari last aku kerja, masa tu kedai nak tutup sekejap, dalam pukul 4 pagi lebih camtu, sorang pekerja Nepal ni datang kat tempat aku(tempat buat air) dan dia cakap, dia sangat suka berkenalan dengan aku dan dia cakap selama 2 tahun kat Kuantan dia tak pernah jumpa orang Melayu sebaik aku, wo melayang2 aku time dia cakap tu, tinggi tul pujian dia tu, thanks to u Sagar dan Jiba. Akhirnya selepas 3 bulan aku membanting segala tenaga aku di kedai dan tadika tu, tanggal 31/7/09 aku pun berentila tuk meneruskan pembelajaran aku yang wajib disambung tuk mengelakkan aku hanya jadi pemandu kereta dan bukan tuan punya kereta.  

                                                               Orang Nepal dan bukan 
                                                               pekerja De'Mall
                                                              



So masukla aku ke Kolej Shahputra dan sampai sekarang kalau aku pergi je ke De'Mall tu, pekerja yang sama batch dengan aku akan panggil aku ustaz dan Pak Lah merangkap supervisor akan sentiasa mengoffer tuk masuk kerja semula, of coursela bangga orang ingat kite. Aku malas crita hidup di kolej sebab aku rasa kehidupan aku sangat poyo dan tak de pengajaran yang baik tuk di ambil. So signifikan 18 tahun bagi aku adalah tahun yang paling sesuai tuk cari duit sendiri ataupun kahwin dengan balak or gf demi cinta sejati kononnya dan bagi aku, pengalaman 2 kerja 1 hari amat2 mencabar bagi insan yang betubuh sihat macam aku ni,daa.

4 comments:

kenapa mesti ada diana danille???

perlu kerw???

aiman, aku tabik lah ko.. ko mmg tabah! ko mmg gigih, bak kte mis hazi..

music on world off~

diana 2 die request kt aku suh masukkan gmba die..

Shell syaz~

hehe tq2,skunk pn aku tabah mndgar die mmbahan aku,huhu..

man ! ko TAK macam perasan plak kan ! hahahaha. eman.eman tergelak aq bace. nyways takziah eah pasal abah eman. kter same :) comel dan pandai2 la smbung.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More