Koir

Aku tak nafikan suara Kurt Cobain mahupun Jamal Ubaidillah Bin Haji Ali@Jamal Abdillah ada sedikit ataupun sekelumit persamaan dengan suara aku,memang tak dinafikan tapi aku ghasa diorang tak boleh gak lawan aku,diorang main drug aku tak,ha kan lain tu. Okey aku nak repekkan tentang tajuk kat atasla,kalau tak watpe aku jadikan dia tajuk kan,tak gitu. Dalam 2 minggu lepas Miss Su@pensyarah aku yang makin berseri2 dan makin sihat sebab tengah pregnant telah mengajak aku dan membe2 kelas tuk masuk koir untuk majlis Pre-Graduation untuk budak2 Shahputra yang akan abes blaja di kolej tu. Mula2 memang cam besela kan,tahap malas tu memang tak leh disangkal walaupun Maria Ozawa yang pujuk tapi memandangkan Miss Su cam nak sangat kitorang masuk (padahal memang niat nak masuk gak,sore sedap tak guna tak jadila kan). 

Okeh dipendekkan ceghita,petang tadi startla sesi latihan yang pertama dengan budak2 OM,mula2 kitorang ramai lepas tu dengan beberapa masalah dan komitmen yang tak dapat dielakkan,tinggalla aku dengan Topek je yang tinggal bagi jadi wakil HM,haha bagus gak tak ramai,market sikit,kui3, cik Fauzia, saya gurau je. 
Mula2 start lagu patriotik,adoy aku kalau engat lagu petriotik ni pun Negaraku dengan Enjit-enjit semut je,yang lain memang kena surf tnet balik nak cari lirik. Ape tah tajuk lagu 1st tu,ikut lagunya memang sedap,tapi tang liriknya,paham2 la lagu patriotik,ye dak.Berlatih punya berlatih sampaila abes dan dikira perfect gakla,besela aku ade,si conductor tu tengok je aku,terus nak offer aku duet dengan Mahadzir Lokman,tapi aku tolak,nak blaja lagi. 


Okeh lepas rehat sepam dua,si conductor@En. Halimi@PA Kolej tak silap aku nak main lak lagu 2nd,sekali lagu Iklim da,Bukan Aku Tak Cinta,dia cakap nak bagi tangkap leleh dak2 yang da abes blaja tu nanti,entah tangkap gelak je nanti,pandai je dia nak psiko,tapi aku ade,so aku wat2 x layan,senyap die. Ok,lepas tu kitorang praktis lagi dan lagi sampai agak okla nyanyian diorang yang laen,tak termasuk aku dengan Topek sebab aku nampak diorang tol2 usaha nak same level ngan kitorang,takpela usaha tangga kejayaan,ye dak..


Akhirnya pukul 5.15 p.m dan lepas jelingan tajam aku pada si conductor tu,kitorang pun beransurla pulang dan memang lepas tu memang sore aku macam Saleem lak,tak nakla terlalu pelbagai sangat sore,nanti di cop tak ori,Malaysian kan eh silap,Melayu kan tak suka orang tak ori ni,tapi Rebecca Black tiru Justin Bibir rilek je,tak de lak orang Melayu mogok2 kat Jalan Wong Ah Jang. Ok stop mrepek,tu jela progression bagi koir aku yang agak2 boleh tahan sedap ni. Nanti ape2 hal aku hapdate lagi k. Chiow!




                                           This music make me orgasm..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More