Sudut Pandang..

Halo,amacam aku punya tajuk?ada mari x?tajuk ni aku terpikir sebab aku tengah fikirkan apa tajuk paling best tuk entry ni,so yang ni idea yang kuar,so yang ni la aku tulis.tadi aku pergi tengok Hikayat Merong Mahawangsa dengan Fauzia and Taufeq.Silap betol tengok wayang yang bawah 18 ni tyme cuti sekolah.Aku ghasa da dalam kelas tadi,hu ha hu ha budak2 kecik meghoyan tak tentu pasal,ade nangis,ade lompat2 cam ungka,ade jalan hulu hilir mcm kucing nak makan ekor sendiri,ade ke perumpamaan camtu?ah ikut akula kan,blog aku aha..

Sebenarnya aku nak repekkan sal ceghita Merong ni. K kite cite sal yang best dalam cite ni dulu,kasi naik mood dulu,pastu baru hentam kaw2 haha,devil x?

Best:
1. CGI boleh dipuji,tahap Asia dan mungkin lebih baik dari CGI filem Bhutan.
2. Lakonan Stephen Rahman Hughes memang boleh bagi award 'Pelakon Paling Ketak Berbanding Fizz Fairuz'.
3. Pelakon-pelakon2 lain pun ok terutama Kamawas dengan Embok. 
4. Set2 yang boleh diterima pandangan mata. Aku amat tertarik masa scene kat Goa,nampak cam real punya dulu kala port.
5. Skor muzik terbaik tahap kurang sikit dari Hotel Mania(KRU gak).
6. Bahasa klasik yang aku suka,lebih2 tyme dialog Kamawas "kalau sudah dibuka empangnya,manakan boleh tahan airnya". Lebih kurang camtula ayat dia haha i like that sentence.



Sampah: 
1. Muka lanun2 Geruda ada macam mat rempit,mat bangla dan segala mat,mencacatkan sinematografi filem.
2. Scene Merong berdiri atas menara lepas tu menara tu kena tolak dengan lanun Geruda, da la lanun2 tu yang tolak,lepas tu hempap diorang balik,da macam otak simpan kat kapal lak sorang2 lanun tu,tak logik.
3. Watak Puteri China,tak pandai berlakon lepas tu kena overshadow dengan Yingying,padan muka kau haha,sapa suruh berlakon cam kayu.
4. Watak Jehan Miskin yang aku tengok nampak sangat macam terdesak nak dapat job haha,takde watak tu pun,tak luaknya cita tu.
5. Scene guna cermin kat lanun2 Geruda memang tahap ceghita budak sekolah,lepas tu boleh 1 je cermin dia guna,punya banyak bot2 kecik. Lanun2 mati sebab panas kena reflection cahaya matahari dari cermin,aku gelak guling2 tyme tu,ko engat ko duduk Sahara kena matahari terus terbakar badan macam tu.
6. Cakap Geruda lanun paling gempak kat lautan tu,last2 kena serang dengan 6 arrow je,tumbang sume,scene ni pun aku dengan Topek bahan gelak kaw2.
7. Ending paling tak klasemen,boleh tentera Rom dengan China biar je si Taji pergi dekat Merong then Merong kena cucuk dengan keris,aku ghasa aku boleh pikirkan idea yang lebih baik tuk bunuh si Merong. Santau je aha..

K,apa2 pun congrat pada team KRU especially Yusry sebab berjaya menaikkan balik epic theme dalam industri movie Mesia ni. Aku harap lepas ni dia buat lak Pahlawan Semanggoi dari Kuala Kangso dengan CGI mintak teknologi James Cameroon,ehe..

So,support our local zine!

Tahi bintang: 3.5/5
 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More